Thursday, 6 November 2014

Aku Pernah!

Pernah?
Bila kau dengan seorang manusia ni,
kau makin jadi diri,
Bila dia pergi,
macam hilang kau punya separuh hati.

Pernah?
Bila orang yg tahu, kenal, terima baik
buruk kau,
tiba-tiba pergi.
Macam mimpi ngeri.
Padahal dulu dialah yang paling
memahami.

Pernah?
Orang yg kau nak ada setiap ketawa
dan air mata tu, tak ada.
Orang yang kau nak ada tiap jatuh dan
bangun kau, menjauh.

Pernah?
Kau rindu sangat dekat seorang manusia ni
sampai jatuh kau punya air mata.
Kau nak buat macam biasa tapi
sebenarnya kau sangat perlukan dia.

Pernah?
Bila kau duduk sorang-sorang,
dan fikir tentang masa silam,
kau tak sangka yang keadaan akan jadi
sesukar ini, seteruk ini.

Pernah?
Andai kata kau boleh kembali pada
masa dulu,
seboleh-bolehnya kau akan betulkan
apa yang salah.
Biar payah, tak apa.
Kau tak kesah.

-Qaleyya-



No comments:

Post a Comment