Friday 7 November 2014

Dia

Dia tak sama macam dulu
Dulu yang kau tikam-tikam hatinya
sampai hancur,
tapi dia masih boleh senyum.

Dulu yang kau patah-patahkan 
semangatnya sampai jatuh,
tapi dia masih boleh bangun.

Dulu yang kau pijak-pijak perasaannya
sampai tiada,
tapi dia masih boleh ketawa.

Kau ni siapa sebenarnya pada dia?
Bukan berpuluh tahun pun kenangan
bersama,
tapi dia tetap menangis saat terdengar
kau punya nama.

Dia kini,
susah nak dihancurkan.
Malah sebenarnya dia yang
menghancurkan.

Dia kini,
bukan lagi yang senang dipijak-pijak.
Kerana semuanya dia yang henyak.

-Qaleyya-

2 comments: