Monday, 24 November 2014

Jagakan Dia

Tuhan
Jagakan dia
Walau dia bukan milikku
Kerana aku amat menyayangi


Tuhan
Ingatkan aku padanya
Walau pasti tiba saat itu
Kerana aku tidak mahu lupa saat bersamanya


Tuhan
Syukur aku padaMu atas kehadirannya
Walau sekejap
Kerana Kau hadirkan dia untuk lengkapi jiwa


Tuhan
Aku mohon Kau tetapkan imannya
Aku mohon Kau tetapkan hatinya
Walau sebesar mana badai menimpa
Kerana aku yakin dia kuat tempuhinya


Tuhan
Lindungi dia
Walau mungkin aku tiada disini lagi
Kerana aku amat mencintai



-Qaleyya-

No comments:

Post a Comment