Monday 19 January 2015

Happy Anniversary 19/01/2014 - 19/01/2015

Sedar tak sedar sudah setahun berlalu sejak aku mula2 melangkahkan kaki aku masuk ke dalam Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL). Aku tinggalkan hidup bebas aku diluar dan masuk kedalam untuk membina hidup baru.. Kompeni E platun 43 dimana aku ditempatkan untuk 6 bulan selama disana. Seramai 25 pelatih termasuk aku dari pelbagai negeri.. Kami berkenalan membentuk ukhwah sesama kami kerana selama 6 bulan kami akan bersama ibarat adik beradik.. Pelbagai ragam mewarnai hidup kami selepas itu. Pelbagai kenangan dicipta. Pahit manis semua kami harungi bersama. Masih lagi aku teringat saat didenda beramai2 satu kompeni 1000 kali ketuk ketampi, hentak kaki berlari sehingga ada yang menitiskan air mata tapi itu semua pelajaran untuk kami.. Pengajaran agar tidak melakukan kesalahan lagi. Tidak lupa jurulatih kami RF 127136 Cik Zamzuri bin Manaf. Jurulatih yang paling sporting yang paling memahami kami selama 6 bulan. Terima kasih Cik kerana sanggup melayan karenah2 kami yang pelbagai ini.. Dan kepada jurulatih2 Kompeni E kamu semua yang terbaik. terima kasih kerana sanggup membimbing kami. Dari kami kosong hinggalah penuh dengan ilmu2 PDRM. Kawan2 PLATUN 43, Amy, Sara, Mathuri, navitha, Asmah, Linda, Najwa, Zila, Etika, Bella, Nina, Atikah, Crab, Liyana, Ema, Anne, Adik, Fafau, Elizz, Fatonah, Nana, Thana, Vero, Yun. Aku rindu saat kita kat pulapol.. Walaupun kita hanya 6bulan bersama tapi pelbagai pengalaman dah kita lalui.. Korang semua terbaik... !!

PLATUN 43 KOMPENI E
First day outing after 3month.. Ema, Linda, Atiqah, Aku, Fafau, Nina, Adik, Zila, Bella

Fitik time....

Ema, Aku, Asmah, Sara

Last day sebelum tinggalkan pulapol... 

Vero, Elizz, Adik, Wawa, Aku, Nina, Anne

Sebelum berpisah ke formasi masing2.. 

Team bola sepak Kompeni E..

Last terawikh at Masjid Salehin... 

Ema, Fafau, Aku, Anne

Latihan menembak...

Kawalan kehormatan tamat perbarisan skuad 1/2014

First day outing... Rentung oii....

Bersama JL Kompeni E Cik Azwan & Cik Muhammad

Sijil Kejayaan!!


-Qaleyya-

No comments:

Post a Comment