Saturday 27 June 2015

Wahai manusia!

Buat manusia yang tak tahu erti syukur.

Kau kata tidur beralas lantai itu perit,
sedangkan ada yang tidur berlantaikan
bumi.
Kau kata makan nasi sama telur kicap
itu fakir,
sedangkan ada yang tak sentuh nasi
satu hari.

Kau bilang apa saja yang kau tahu
Kau minta apa saja yang kau mahu
Sedang kau tak mengerti,
ada lagi manusia yang sedang berpeluh,
mencari sehelai ringgit sepuluh.
Apa kau pernah peduli?

Mungkin bila saat jatuh,
baru kau tahu ape erti syukur.
Mungkin saat kau tersembam,
baru kau tahu betapa hina kau
dipandang.



-Qaleyya-

No comments:

Post a Comment