Tuesday 4 August 2015

Sempurna

Saban hari kau kenal aku,
Kau akan makin kenal aku.
Belang aku.
Lagak baik buruk aku.

Kau boleh kekal di sisi,
dan sama-sama pimpin tangan,
untuk kita sama jadi yang lebih baik.
Atau kau boleh pergi,
dan biarkan aku terkapai dengan buruk aku.

Detik itu kau akan ambil keputusan,
untuk terus utuh di tepi atau pergi.

Kau boleh pergi, cari yang lebih baik.
Tapi percaya satu perkara,
walau kau cari di pelusuk dunia mana pun,
kau tetap tidak akan jumpa yang sempurna.

Kerana sempurna itu dicapai bersama,
bukan dengan pencarian.




- Qaleyya -

No comments:

Post a Comment