Thursday, 1 January 2015

Realiti

Kalau dengan tersenyum pun boleh
buat orang terluka,
apatah lagi bila ketawa?

Kalau buat baik pun orang tak percaya
malah tuduh kau pendusta,
apatah lagi andai kau lempar nista pada
mereka?

Hidup ini tak seindah cerita dongeng.
Yang susah pada mula dan berakhir
dengan bahagia.
Bahagia yang sampai bila-bila.

Dunia realiti ini kejam.
Menghukum sorang-sorang bagai tiada
akhir.
Menghentam tanpa berfikir.
Ada yang gembira pada mula tapi
berulit duka tatkala tiba hujung usia.
Ada yang ditemani ramai manusia
tapi bila mati, sunyi tanpa doa.


-Qaleyya-

2 comments: