Tuesday 21 October 2014

Kau & Aku

Satu saat nanti,
kau bakal aku lupakan,
kau bakal jadi manusia yang aku
PERNAH kenal.
Hanya kenal, tiada kenangan.

Waktu itu aku akan berpura-pura
yang kita tak pernah menyimpan cerita.
Cerita yang mungkin mematah-
matahkan hati dia.
Dia--
yang kini kau puja,
sampai aku pun kau lupa,
sampai aku pun kau buang gitu saja.

Satu saat nanti,
nama kau tak lagi dalam hati,
akan aku ikat kemas lalu letak ke sisi.
Moga-moga ada seseorang yang bawa
ia pergi.
Pergi, dan jangan sesekali kembali.
Kerana seseorang itu, 
telah isi penuh hati aku.
Hingga tiada ruang kosong
untuk kau huni.


-Qaleyya-

No comments:

Post a Comment