Thursday, 13 November 2014

Cari Aku!

Cari aku bila malam,
sebab hanya aku yang kau ingat waktu
bosan dan lapang.


Cari aku bila perlu,
sebab hanya aku yang akan menghulur
tangan untuk membantu.


Cari aku bila susah,
sebab untuk engkau, hanya aku
seorang yang sanggup berpayah.


Cari aku bila jatuh,
sebab kau tahu aku mampu buat kau
bangkit tanpa mengaduh.


Cari aku bila sedih,
sebab hanya aku yang boleh duduk
bersama kau dan menangis.


-Qaleyya-

2 comments:

  1. Saat kita perlukan seseorang untuk berkongsi cerita suka duka... DIA lah yang maha mengetahui segalanya...

    Hai..salam ukhwah dan salam kenal dr mommylina

    ReplyDelete
  2. DIA x pernah lelah untuk hambanya.. sentiasa ada menemani hambanya.. Terima kasih..

    Salam ukhwah dan salam perkenalan.. :)

    ReplyDelete